BAB 1 & BAB 2
Mengenal Latitud / Garis Lintang
Garis
lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta
atlas dan glob. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan
membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan
kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau
Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U
manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S
Garis-garis lintang yang utama ialah:
GarisanKhatulistiwa ( 0° )
Garisan Sartan ( 23½°U )
Garisan Artik ( 66½°U )
Garisan Jadi ( 23½°S )
Garisan Antartik ( 66½°S )
Garisan
lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan
membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan
hemisfera selatan.
Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian
Garis
longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub
selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang
dari utara ke selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh
bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
Garis
longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di
Greenwich, London diberi nilai 0°. Garis longitud ini dikenali sebagai
Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis
longitud.
Garis
longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai
1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian
Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera,
jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama. Garisan
ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).
Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud
Persilangan
garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan
sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud
dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi
mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan
kepada 60 minit ( ‘ ).
Nama Tempat
|
Garis Latitud
|
Garis Longitud
|
Kudat
|
6° 54’U
|
116° 51’T
|
Tuaran
|
6° 10’U
|
116° 14’T
|
Kota Belud
|
6° 22’U
|
116° 26’T
|
Ranau
|
5° 58’U
|
116° 43’T
|
Kota Kinabalu
|
5° 40’U
|
116°T
|
Beufort
|
5° 20’U
|
115° 46’T
|
Tenom
|
5° 2’U
|
115° 57’T
|
Tawau
|
4° 16’U
|
117° 53’T
|
Semporna
|
4° 29’U
|
118° 36’T
|
Lahad Datu
|
5° 6’U
|
118° 20’T
|
Sandakan
|
5° 45’U
|
118°T
|
Mengira Waktu Tempatan
Garis
longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan
merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0°
). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di
sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
Satu putaran bumi (360°) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15° garis longitud.
Dalam 1° garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di:
Bombay ( 73°T )
Buenos Aires ( 58°B)
Buenos Aires ( 58°B)
Waktu di Bombay ( 73°T )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 73°- 0° = 73°
Cari perbezaan masa 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Cari perbezaan masa 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Waktu di Buenos Aires ( 58°B ) Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 58° - 0° = 58°
Cari perbezaan masa 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
Cari perbezaan masa 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
Waktu Piawai
-Waktu
piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di
sesuatu kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu
sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh
negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur.
Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon
waktu meliputi 15° garis longitud.
-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari
baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami
keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga,
Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.




No comments:
Post a Comment